PENGENALAN SYARIKAT

Saujana Binasama Synergy adalah sebuah syarikat bumiputra melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang baru bermula beroperasi pada tahun 2020. Mempunyai visi dan misi untuk menjadi pembekal dan penyedia perkhidmatan terbaik setanding dengan bangsa asing yang menguasai bidang ini.

Syarikat kami menyediakan pembekalan peralatan dan barang kelengkapan seperti membekal alat tulis, pakaian, alat kelengkapan mengajar, komputer, printer, mesin & kelengkapan makmal/bengkel, peralatan pencucian & pembersihan, peralatan kejuruteraan elektrik & elektronik, membekalkan baja dan anak pokok serta cenderama. Antara perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan adalah seperti membaikpulih komputer dan gadget, kerja-kerja penghubahsuaian, & penyelenggaraan, kerja-kerja pembinaan, pengairan, pemparitan, kerja-kerja am penyengaraan seperti mengecat bangunan semula, membersihkan kawasan bangunan, mencuci tingkap bangunan, pembaikan am bangunan, mengangkat sampah dan menurap jalan.

Selain itu kami juga mempunyai kepakaran dalam bidang digital teknologi & MIS (Management Information System) termasuklah dalam menghasilkan video graphic mengikut citarasa pelaggan bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran sesuatu produk di media sosial atau media elektronik. Syarikat juga sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produk yang berkualiti tinggi.